Kencing manis perkataan yang sering disebut dan sememangnya menjadi buah mulut rakyat Malaysia, tidak kira tua atau pun muda.
Ramai yang mengetahui kencing manis berpunca daripada kandungan gula yang berlebihan dalam badan, namun tidak ramai yang betul-betul memahami implikasinya.
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang doktor di salah sebuah klinik kesihatan di Sungai Buloh, membuat ciapan di Twitter, 50 hingga 80 ekor ulat ditemui dalam kaki salah seorang pesakit lelakinya yang mengidap kencing manis.
Lelaki berkenaan berumur 46 tahun, dipercayai mengidap kencing manis sejak berumur 20-an lagi.
Akibat tidak menjaga amalan pemakanan dan tidak mahu berjumpa doktor penyakit yang dihidapinya semakin merebak.
KENCING MANIS KAKI BERULAT
Kaki lelaki berkenaan terlanggar bucu pintu hingga berdarah sebulan sebelumnya, menyebabkan luka yang dialami tidak sembuh seperti biasa akibat kencing manis dan mula memburuk.
Doktor merawat bahagian yang luka dan apabila dipicit satu persatu ulat tersebut jatuh. Semasa datang ke klinik untuk mendapat rawatan, lelaki berkenaan mengalami demam teruk.
Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami jangkitan kuman yang serius pada bahagian kaki akibat kencing manis.
Dia terpaksa dirujuk kepada pakar otorpedik Hospital Sungai Buloh dan kemungkinan besar kaki terpaksa dipotong.
Lelaki berkenaan menolak untuk melakukan pembedahan memotong kaki dan pulang ke rumah, sehingga kini dia masih tidak dapat dikesan.
KENCING MANIS TIDAK BERJANGKIT
Salah satu faktor kenapa kencing manis sampai ke tahap begitu adalah kerana lelaki berkenaan tidak menjaga kesihatan dan pemakananannya.
Ia adalah penyakit yang tidak berjangkit, bermakna ibu bapa yang menghidapinya tidak semestinya akan menjangkiti anak-anak.
Kencing manis atau nama sainsnya ialah diabetis mellitus, perkataan ‘diabetes’ bermaksud air kencing yang banyak manakala ‘mellitus’ pula bermaksud manis seperti madu. Jadi ianya bermaksud kencing yang manis seperti gula atau air kencing yang mengandungi banyak gula.
Pada zaman dahulu dua kaedah digunakan untuk mengetahui samada seseorang itu disahkan mengidap kencing manis.
Kaedah pertama ialah dengan mengguna ‘urine water tester’. Pesakit yang disyaki ada kencing manis dikehendaki supaya kencing dalam satu bekas dan urine water tester inilah dipertanggung jawabkan untuk merasainya samada manis atau tidak.
Satu kaedah lagi ialah air kencing yang diambil tadi diletakkan pada satu tempat bagi memastikan samada semut datang atau tidak. Kebiasaanya semut suka kepada benda yang manis.
Sekarang ujian boleh dilakukan dengan mudah sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini iaitu dengan menggunakan glucometer dan ujian darah.
KENCING MANIS TANDA-TANDA
Simptom atau tanda-tanda kencing manis ini akan timbul apabila tahap gula dalam darah seseorang itu agak tinggi. Antaranya:
1. Pesakit akan kerap buang air kencing.
2. Pesakit sentiasa haus dan ambil air dalam kuantiti yang banyak.
3. Pesakit sentiasa lapar dan kuat makan.
4. Pesakit akan kerap bangun malam buang air kencing.
5. Mendapat jangkitan kuman yang teruk dan susah sembuh
6. Kaki dan tangan rasa kebas
7. Tubuh cepat letih dan tidak bertenaga
8. Jangkitan kuman yang melibatkan beberapa luka pada kulit dan membentuk nanah yang besar
KENCING MANIS DAN JENISNYA
Kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi daripada biasa atau normal. Ianya terbahagi kepada dua:
1. Diabetes Mellitus Tahap 1
Keadaan di mana organ dalaman iaitu pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup. Apabila makanan yang kita makan dicerna dalam perut ia akan menghasilkan gula.
Gula/glukosa ini sepatutnya masuk ke dalam sel-sel badan begi menghasilkan tenaga. Apa yang berlaku sebaliknya di mana glukosa tadi masuk ke dalam darah kerana insulin tidak lagi berperanan menyalurkan glukosa atau gula ke dalam sel-sel badan.
Pengidap kencing manis jenis ini hanya lima peratus sahaja daripada jumlah populasi pengidap kencing manis.
Mereka terpaksa mengambil insulin sepanjang hayat untuk menukar gula kepada tenaga. Setakat ini masih belum ada ubat untuk mengubati Diabetes Mellitus Tahap 1 ini.
2. Diabetes Mellitus Tahap 2
Situasi di mana pankreas dapat menghasilkan insulin dengan banyak apabila makanan dicerna tetapi ianya tidak dapat memasuki sel-sel badan.
Keadaan yang berlaku ini dipanggil ‘insulin resistance’ atau rintangan insulin, 95 peratus pengidap kencing manis adalah pada tahap ini.
Apabila sel-sel badan tidak boleh atau gagal menerima insulin, gula atau glukosa tadi akan masuk ke saluran darah dan seterusnya menyebabkan gula dalam darah semakin tinggi dan semakin bertoksid.
Lazimnya buah pinggang akan memproses bahan-bahan toksin ini untuk dibuang melalui air kencing, sebab itulah air kencing tadi mengandungi banyak gula.
KENCING MANIS RINTANGAN INSULIN
Sebanyak 95 peratus pengidap diabetes di Malaysia merupakan kes akibat berlakunya rintangan insulin dalam badan.
Kenapa ini berlaku? Adakah diabetes tahap 2 ini merupakan penyakit yang diwarisi daripada generasi ke generasi?
Para pengamal perubatan percaya gaya hidup yang tidak sihat merupakan faktor utama yang meyumbang kepada berlakunya rintangan insulin dalam badan ini.
Kurang bersenam dan pengamalan makanan yang mengandungi banyak gula dan berlemak merupakan punca utama kepada berlakunya situasi tersebut.
Bagaimana ianya berlaku pula tidak dinyatakan, ada sesetengah mengatakan metabolisme badan atau kekuatan badan semakin menurun akibat amalan pemakanan yang tidak sihat ini dan seterusnya berisiko mengidapnya.
KENCING MANIS DAN SEL BADAN
Pada para sebelumnya ada menyentuh kegagalan sel menyerap banyak insulin semulajadi yang berfungsi menarik gula dalam darah untuk dijadikan tenaga supaya gula tadi tidak berada dalam saluran darah. Persoalannya kenapa sel-sel tadi gagal menyerap insulin-insulin tersebut?
Menurut para saintis dalam bidang nutrisi makanan mendapati amalan pemakanan yang tidak sihat ini akan memberi kesan kepada pengumpulan radikal bebas atau toksin untuk jangka panjang.
Antara makanan yang berisiko mengwujudkan radikal bebas dalam badan ialah makanan yang banyak mengandungi bahan kimia seperti pengawet, perisa tiruan, makanan segera, ubat-ubatan yang tidak dikawal pengambilannya dan lain-lain lagi.
Radikal bebas tadi akan bertindak melemah dan mematikan sel-sel badan menyebabkan ianya tidak lagi berfungsi dengan sempurna.
Dalam konteks kencing manis ianya tidak lagi mampu menyerap insulin yang dihasilkan badan dan seterusnya menarik gula untuk dibakar menjadi tenaga.
KENCING MANIS DAN PEMAKANAN ALTERNATIF
Masyarakat zaman dahulu sememangya terdedah kepada penyakit kencing manis ini, cuma mungkin panggilannya pada masa itu agak berlainan.
Hakikatnya amalan pemakanan mereka berbanding dengan masyarakat hari ini jauh berbeza. Mereka lebih banyak menggunakan herba sebagai amalan pemakanan seharian bagi menguatkan metabolisme badan.
Salah satu amalan bagi mereka yang menetap di Asia Tenggara ialah herba halia hitam yang banyak tumbuh secara liar di kawasan hutan tanah tinggi.
Mereka menggunakan halia hitam sebagai bahan masakan dan ada juga meminum air rebusannya setiap hari seperti minum teh.
Kajian sains yang dilakukan mendapati halia hitam kaya dengan 5,7 dimitoksiflavon yang mampu menguatkan metabolisme badan dan seterusnya melawan pelbagai penyakit termasuk kencing manis.
KENCING MANIS PERLUKAN MITOKONDRIA
Amalan pengambilan halia hitam secara konsisten akan menguatkan semula sel-sel badan samada yang sudah mati atau lemah.
Apabila sel-sel tadi menjadi kuat, mitokondria dalam sel tadi akan kembali aktif bagi menyerap insulin beserta gula dan seterusnya membakar gula tadi supaya menjadi tenaga lebihan.
Tenaga lebihan yang dihasilkan dari pembakaran gula tadi menyebabkan paras gula dalam darah berada pada paras normal dan kencing manis individu terbabit dapat dikawal seterusnya merawatnya.
Selain itu, lemak dan lactus asid juga turut dibakar bagi menstabilkan hormon dalam badan bagi mengekalkan badan berada dalam keadaan sihat.
Tindak balas seperti ini amat diperlukan oleh badan bagi melawan kencing manis terutama kepada mereka yang bacaan gula dalam darahnya agak tinggi akibat berlakunya rintangan insulin.
KENCING MANIS UJIAN KLINIKAL
Satu ujian klinikal telah dilakukan oleh para pakar perubatan dan saintis mengenai ekstrak halia hitam 10 nisbah 1 keluaran Volten International.
Ujian melibatkan 12 pesakit diabetis atau kencing manis tahap 2 dari Hospital Ampang, Selangor, di mana setiap individu diberi 6 kapsul setiap hari iaitu 3 kapsul pada sebelah pagi dan 3 kapsul pada sebelah malam.
Hasil ujian mendapati berlakunya penurunan bacaan gula secara mendadak selepas 7 hari.
Ujian juga turut dilakukan ke atas 15 individu yang sihat tiada gejala kencing manis. Jumlah yang sama diberikan setiap hari dan hasil bacaan gulanya adalah stabil.
Hasil ujian klinikal ekstrak halia hitam Volten International ini turut diterbitkan dalam ‘JOURNAL OF THE MEDICAL ASSOCIATION OF THAILAND’ dan ‘JOURNAL HERBA PLONICA (POLAND SCIENTIFIC JOURNAL)’.
Info lanjut tentang produk halia hitam bagi untuk merawat kencing manis KLIK DI SINI SEKARANG