Tanda sakit buah pinggang! Ramai beranggapan terpaksa menjalani dialisis untuk mencuci darah apabila buah pinggang mengalami kegagalan menjalankan fungsinya.
Justeru itu, ramai yang merasakan bahawa peluang agak tipis untuk kembali sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Sebenarnya pada peringkat awal, tanda sakit buah pinggang ini telah hadir dalam diri kita tanpa disedari.
Ramai yang tidak berjumpa doktor kerana merasakan badan masih sihat dan boleh melakukan aktiviti harian tanpa halangan.
Tanda sakit buah pinggang peringkat awal boleh disedari apabila air kencing mengalami perubahan seperti berbuih, berbau, sedikit berkeladak dan warnanya turut berubah kemerahan seperti air teh.
TANDA SAKIT BUAH PINGGANG DATANG TIBA-TIBA
Ianya tidak bersifat kekal, perubahan tersebut hanya sekali sekala sahaja menyebabkan ramai yang beranggapan ianya bukan tanda sakit buah pinggang.
Ada juga kes di mana tanda sakit buah pinggang ini hanya disedari apabila doktor memberitahu sudah tahap 4 dan terpaksa hadir untuk pemantauan atau rawatan susulan.
Persoalannya, adakah ianya boleh diundur semula ke tahap yang lebih rendah sekiranya anda berhadapan dengan tanda sakit buah pinggang sebegini?
Sesetengah pakar berpendapat masih ada peluang untuk berundur kepada tahap yang lebih rendah 3, 2 dan 1.
Sebelum ianya dibincang, seeloknya kita memahami apakah fungsi buah pinggang kepada badan manusia.
FUNGSI BUAH PINGGANG
Buah pinggang atau ginjal ada dua, berbentuk seperti kacang merah, terletak di atas sedikit pada bahagian pusat dilindungi oleh tulang rusuk.
Lazimnya terletak pada bahagian belakang, antara tulang belakang di sebelah kiri dan kanan.
Fungsi utama buah pinggang adalah sebagai penapis atau dengan kata lain ianya bertindak menapis bahan-bahan yang diperlukan oleh badan untuk disimpan.
Manakala yang tidak perlu atau bahan bertoksid atau beracun dinyahkan atau didetoks daripada badan melalui pembuangan air kencing.
Selain itu, ianya bertindak mengawal tekanan darah atau sebagai sensor kepada badan bagi menstabilkan tekanan darah samada rendah atau tinggi.
Di samping itu buah pinggang juga mengawal ph samada badan kita terlalu asidik atau alkali.
TANDA SAKIT BUAH PINGGANG
Tanda sakit buah pinggang ini sama seperti penyakit organ-organ badan yang lain, ada yang tidak menunjukkan tanda yang jelas walaupun sudah merosot sampai ke tahap 50 peratus.
Begitu juga sekiranya hanya sebelah yang berfungsi atau sebelah lagi sudah rosak, ianya juga tidak menunjukan tanda sakit buah pinggang yang jelas.
Namun begitu, jika anda mengalami tanda sakit buah pinggang, langkah awal yang perlu dilakukan ialah dengan berjumpa doktor untuk pengesahan.
Antara tanda sakit buah pinggang:
1. Bengkak kaki dan tangan, dua belah pergelangan kaki jadi sembab kerana berlaku mendapan air.
2. Mata bengkak pada bahagian bawah mata atau ‘puffy eyes’ kerana air mula mendap di situ.
3. Mulut berbau busuk macam amonia dan diri sendiri akan rasa macam mengigit logam.
4. Badan jadi letih untuk tempoh yang lama sehingga muka dan tangan nampak pucat.
5. Hilang selera makan dan berat badan turun tanpa sebab.
6. Kencing kerap atau kurang, ataupun air kencing tidak keluar.
7. Degupan jantung kuat dan selalu berdebar tanpa sebab.
8. Air kencing berbuih dan ada juga keluar darah, nanah atau batu.
9. Sebelah pagi terasa loya hendak muntah tanpa sebab.
10. Sakit bahagian belakang terutama kawasan buah pinggang, ada juga di bahagian pinggul.
11. Badan mudah rasa sejuk tanpa sebab.
12. Kulit gatal daripada kaki naik ke atas dan menjadi kering
13. Otot selalu krem
14. Mudah panik tanpa sebab.
TANDA SAKIT BUAH PINGGANG – UJIAN DARAH
Sebagaimana dinyatakan, ujian darah perlu dilakukan sekiranya anda ada tanda sakit buah pinggang.
Tujuannya ialah untuk mengetahui sejauh mana buah pinggang berada dalam keadaan baik atau berfungsi melakukan kerja-kerja penapisan.
Kebiasaannya ‘renal function test’ dilakukan, doktor akan mengambil sampel darah dan air kencing untuk dihantar ke makmal bagi melakukan pemeriksaan samada terdapat tanda sakit buah pinggang atau tidak.
Kesihatan buah pinggang diukur berdasarkan bacaan ‘Glomerular Filtration’ (GFR) seperti berikut:
1. Lebih 60 berada dalam keadaan normal.
2. 15 hingga 60 ada tanda sakit buah pinggang.
3. 0 hingga 15 buah pinggang gagal berfungsi.
TAHAP TANDA SAKIT BUAH PINGGANG
Kebiasaannya, hasil ujian darah yang dikeluarkan akan merekodkan bacaan ‘estimated Glomerular Filtration’ (eGFR) yang akan menunjukkan bacaan antara 0 hingga 120.
Para pakar akan memperincikan bacaan tanda sakit buah pinggang berdasarkan kepada tahap (stage) seperti berikut:
1. TAHAP 1: Lebih 90 dipanggil normal atau tahap di mana keadaan buah pinggang paling sihat.
2. TAHAP 2: 60 hingga 89 tahap, masih dikira normal walaupun ada sedikit kemerosotan. Tahap ini memerlukan sedikit perhatian dengan penjagaan makanan dan gaya hidup sihat hendaklah diamalkan supaya kembali berada pada bacaan 90 ke atas.
3. TAHAP 3: 30 hingga 59, perlu berjumpa dengan pakar dan mengikut nasihat yang diberikan bagi memastikan buah pinggang sihat dan naik balik ke tahap 2.
4. TAHAP 4: 15 hingga 29, perlu kerap berjumpa doktor untuk mengelakkan menurun ke tahap 5 agar fistula tidak perlu dilakukan. Peluang untuk turun ke tahap 3 masih ada.
5. TAHAP 5: 0 hingga 15, fistula perlu dibuat untuk lakukan dialisis supaya darah dapat dicuci.
FAKTOR PENYEBAB TANDA SAKIT BUAH PINGGANG
Peluang untuk berundur kepada tahap yang lebih rendah 3, 2 dan 1 amat cerah sekiranya kita betu-betul memahami fungsinya dan punca berlakunya tanda sakit buah pinggang itu sendiri.
Apabila kita memahaminya, maka langkah pemulihan (reverse) boleh dilakukan bagi mengelak tanda sakit buah pinggang itu semakin parah.
Antara punca berlaku tanda sakit buah pinggang ialah:
1. Diabetes
2.Tekanan darah tinggi
3. Kolesterol tinggi
4. Obesiti
5. Air dan garam tidak mencukupi dalam badan
6. Selalu tahan kencing
7. Air minuman yang diproses seperti minuman dalam tin.
8. Makanan diproses yang ada tarikh luput atau makanan segera.
9. Ubat tahan sakit
Penyebab pertama sehingga empat sebagaimana dinyatakan di atas adalah merupakan faktor dalaman diri kita sendiri. Ianya boleh dikawal dengan amalan cara hidup sihat supaya tanda sakit buah pinggang tidak semakin parah.
Lazimnya penyakit diabetes atau kencing manis akan menjurus kepada berlakunya penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan badan mengalami kegemukan yang menjadi faktor kepada tanda sakit buah pinggang.
TANDA SAKIT BUAH PINGGANG, LANGKAH SECARA HOLISTIK
Selepas kita mengenal pasti punca berlakunya tanda sakit buah pinggang, maka tindakan secara holistik atau bersepadu perlu diambi samada secara moden dan berasaskan sumber alam bagi membendungnya daripada terus merebak dengan parah.
Selain melakukan pemeriksaan dengan berjumpa doktor pakar, alternatif lain juga perlu digembelengkan bagi menurunkan tahap tanda sakit buah pinggang kepada tahap yang lebih rendah.
Antara simptom utama akibat kencing manis ialah berlakunya kerosakan urat saraf yang berfungsi meyalurkan darah ke seluruh bahagian organ tubuh termasuk buah pinggang.
Apabila ini berlaku, darah tidak sampai ke buah pinggang dan menyebabkan ia terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah untuk ditapis.
Keadaan yang berlaku ini, menyebabkan tanda sakit buah pinggang mungkin berlaku secara sedar atau tidak sebagaimana yang dinyatakan sebelum.
Begitu juga peranan buah pinggang yang berfungsi mengeluarkan hormon eritropoietin (EPO) akan terjejas bagi merangsang sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah merah bagi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.
Fungsi ini dijalankan oleh protin yang dipanggil hemoglobin dan sekiranya proses ini terencat, anemia akan berlaku yang bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi.
Kebiasaanya tubuh seseorang akan menjadi pucat dan badan akan menjadi letih yang berpanjangan kesan daripada anemia tersebut.
TANDA SAKIT BUAH PINGGANG, KENCING MANIS
Antara langkah holistik yang boleh diambil ialah dengan mengabungkan kaedah moden dengan alternatif dengan pengamalan makanan tambahan berasaskan alam semulajadi yang berkhasiat.
Ianya bagi membantu mengurangkan tanda sakit buah pinggang dan seterusnya mengubah tahapnya kepada yang lebih rendah.
Salah satu makanan tambahan yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan ekstrak halia hitam 10 nisbah 1 atau nama saintifik kaempferia parviflora yang kaya dengan bahan aktif 5,7 dimitoksiflavon.
Kajian sains mendapati badan memerlukan minima 1.5 peratus bahan aktif ini sebagai nutrisi tambahan yang berkhasiat, esktrak halia hitam 10 nisbah 1 ini mengandungi 2.26 peratus bahan aktif tersebut iaitu melebihi apa yang badan perlukan.
Bahan aktif tersebut akan memulihkan kembali sel-sel badan, samada yang telah mati atau lemah dan seterusnya mengaktifkan mitochondria di dalam sel untuk membakar gula, lemak dan lactus asid bagi menjana tenaga dua kali ganda lebih kuat.
Kadar gula dalam darah akan kembali normal dan secara tidak langsung kencing manis dapat dikawal yang merupakan salah satu sebab wujudnya tanda sakit buah pinggang.
Begitu juga dengan tekanan darah dan hormon yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sel darah merah dalam badan. Kesemuanya akan menjadi stabil dan membantu dalam mengurangkan tanda sakit buah pinggang.
TANDA SAKIT BUAH PINGGANG, PEREDARAN DARAH
Pengambilan ekstrak halia hitam secara konsisten akan meningkatkan gas nitrik oksida yang berfungsi sebagai vasidolatasi dan melonggarkan otot dalam saluran darah.
Apabila ini berlaku, lebih banyak darah dapat mengalir dan seterusnya membekalkannya kepada organ-organ lain di seluruh tubuh termasuk buah pinggang yang mana ianya tidak lagi perlu bekerja kuat untuk mengepam darah.
Proses ini mengambil masa yang agak lama sedikit kerana ianya bukan seperti ubat yang mengandungi bahan kimia yang bertindak begitu cepat dalam mengawal tanda sakit buah pinggang.
Selain itu, pengaliran darah yang lancar ini juga bertindak membuang toksid, kolestrol tinggi, menghakis enapan pada saluran darah.
Oleh itu, jelaslah pendekatan secara holistik amat perlu dalam mengurangkan tahap tanda sakit buah pinggang dan seterusnya mengundurkannya pada tahap yang lebih rendah supaya kehidupan dapat dinikmati seperti biasa.
Info lanjut tentang produk halia hitam bagi membantu mengurangkan tanda sakit buah pinggang KLIK DI SINI SEKARANG
3 bulan lalu suami saya mendpti GFRnye 64. Dia dinasihati makan ubat untuk menurunkan kadar kolesterol selama 3 bulan. Dia bersenam, makan lebih prihatin kpd yg lebih ringan tetapi selepas 3 bulan dia berjumpa doctor lagi. Kadar kolesterol sudah bnyk turn, berat badan juga turn tetapi gfr nye jugal turn ke 39. Mengapa ?
Saya cadangkan amalkan pemakanan yang tinggi bioflavanoids dan mithoxyflavones 5,7 seperti esktrak halia hitam, kena jadikan sebagai amalan kerana ianya lebih kepada makanan yang bernutrisi tinggi untuk badan supaya ketahanan badan meningkat secara semula jadi. Ubat mengandungi bahan kimia berbeza dengan ekstrak halia hitam, saya cadangkan amal kapsul VR4, boleh klik ke bahagian bawah sekali untuk memgetahui kelebihan ekstrak halia hitam ini.