Kanser atau barah adalah penyakit yang berpunca daripada sel-sel normal dalam tubuh bertukar menjadi sel kanser dan merebak dengan tidak terkawal.
Punca utama terjadi ialah apabila sel-sel normal terdedah kepada karsinogen atau agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan kanser dalam tisu.
Apabila terdedah kepada karsinogen gin atau baka yang mengawal sel-sel normal tidak dapat diimbangi pertumbuhannya dan mula menjadi rosak serta merangsang pertumbuhan sel barah tanpa kawalan.
Lazimya, ia boleh bermula pada mana-mana bahagian di dalam tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai sel.
Sifatnya turut berubah kerana sel merupakan elemen utama dalam pembentukan tisu dan organ manusia atau dengan lain perkataan sel kanser yang terbentuk adalah daripada sumber yang berbeza.
KARSINOGEN PENYEBAB KANSER
Badan manusia secara amnya memang terdedah kepada karsinogen, ianya ada di mana-mana sahaja di luar persekitaran kita.
Faktor masa iaitu selama mana ianya terdedah dan jumlahnya memainkan peranan penting dalam menukar sel normal kepada sel barah.
Antara unsur-unsur karsinogen:
1. Rokok
Karsinogen yang paling banyak adalah terdapat dalam asap rokok, terdapat lebih 6,000 sebatian kimia dalam asap rokok.
Sekurang-kurangya 250 daripadanya berbahaya kepada kesihatan manusia dan 70 jenis daripada racunnya dikaitkan dengan karsinogen.
Selain itu, asap rokok ini juga boleh memberi kesan kepada orang sekeliling yang tidak menghisap rokok. Begitu juga dengan vape, kajian mendapati kadar nikotin dalamnya yang tinggi juga menyumbang kepada karsinogen.
Kanser yang dikaitkan dengan rokok adalah paru-paru, larynx, mulut, pharynx, esophagus, pundi kencing dan pankreas.
2. Sinar Ultraviolet (UV)
Kajian menunjukkan bahawa sinaran ultraviolet (UV) terutama dari matahari boleh diserap ke dalam kulit dan merosakkan sel-sel kulit. Kebanyakan kes kanser kulit adalah disebabkan oleh sinaran UV matahari.
3. Makanan Proses
Semua makanan yang telah diproses mengandungi beberapa jenis bahan pengawet yang ditambah untuk memanjangkan tarikh luput.
Makanan segera seperti nugget, burger, bebola ikan, sosej atau apa-apa daging yang diproses terutamanya yang mengandungi bahan tambahan seperti natrium nitrit dan nitrat mampu meningkatkan risiko kanser usus.
4. Faktor Lain
Manusia boleh terdedah kepada kasinorgen melalui air, tanah, alam sekitar, tempat kerja, dan lain-lain lagi.
Iannya juga boleh wujud dalam organisme yang berjangkit seperti virus HPV yang menyebabkan barah serviks, hepatitis B menyebabkan barah hati dan sebagainya.
Selain itu juga, faktor-faktor sampingan yang turut menyumbang seperti kegemukan, kurang melakukan aktiviti, mempunyai pasangan seks yang ramai.
Ianya tidak melibatkan barah secara langsung tetapi individu yang memiliki ciri sebegini risikonya adalah tinggi.
Ianya juga terdapat dalam makanan, ubat-ubatan, air minunuman yang tercemar dan di tempat kerja tertentu seperti di kilang asbestos.
Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah mengkategorikan karsinogen ini kepada 5 kumpulan besar iaitu:
Kumpulan 1: Karsinogen kepada manusia
Kumpulan 2A: Mungkin karsinogen kepada manusia.
Kumpulan 2B: Mungkin karsinogen kepada manusia.
Kumpulan 3: Tidak dapat diklasifikasikan sebagai karsinogen kepada manusia
Kumpulan 4: Mungkin tidak karsinogen kepada manusia
CIRI-CIRI SEL KANSER
Sel-sel normal ini kebiasaanya berada dan bekerja dalam satu kumpulan di mana dalam setiap tisu ada banyak sel yang mempunyai ikatan antara satu dengan yang lain.
Sel-sel tersebut mempengaruhi aktiviti atau fungsi sel-sel yang lain dan mereka tidak boleh terpisah serta diikat secara fizikalnya dengan protin pengikat.
Apabila sel-sel yang normal ini terdedah kepada bahan karsinogen, ianya akan bertukar menjadi sel kanser dan akan terpisah dari ikatan sel-sel yang normal.
Seterusnya, ia akan membiak dan membentuk satu komuniti lain yang berbeza dengan sel normal. Ia tiada ikatan dan boleh mempengaruhi antara satu dengan yang lain macam sel normal.
Masing-masing boleh membiak sendiri sesuka hati tanpa kawalan dan lama kelamaan menjadi ketulan ketumbuhan.
Sel kanser ini juga boleh masuk ke aliran darah dan pergi lebih jauh ke organ badan yang lain seperti limpa, paru-paru, hati, otak dan sebagainya. Ianya boleh memberi kesan kepada organ-organ tersebut sehingga boleh menyebabkan kematian.
Pada asasnya walaupun sel-sel ini tidak normal, ia bersifat immortal iaitu boleh membiak berterusan selama-lamanya atau berkekalan.
Sel-sel ini tidak boleh mati dengan sendiri kecuali apabila bekalan makanan atau darah tidak sampai atau dimatikan dengan menggunakan ubat anti kanser atau pesakit mengalami kematian.
KAEDAH RAWATAN KANSER YANG DIAMALKAN
Memandangkan kanser merupakan satu penyakit kronik yang sukar dirawat, maka kaedah yang sistematik dan sama dipraktikkan oleh pakar-pakar.
Antara prinsip umum yang diguna pakai ialah:
1. Kanser tersebut perlu disahkan terlebih dahulu, ianya dilakukan dengan mengambil cubitan pada tisu kemudian dihantar ke makmal pathalogi untuk tujuan pengesahan.
Cubitan juga boleh dilakukan melalui pembedahan di mana organ yang terjejas dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk dilakukan pemeriksaan.
Pengesahan hanya dilakukan pada tisu yang diambil, ianya tidak boleh disahkan melalui ujian darah, pemeriksaan badan, tengok dalam anak mata dan sebagainya.
2. Selepas disahkan peringkat seterusnya ialah untuk mengetahui tahap barah tersebut, perkiraanya satu hingga empat. Kebiasaanya pada tahap empat keadaan pesakit sudah teruk.
3. Mengenal pasti apakah matlamat rawatan yang akan diberikan samada menyembuhkan atau memperbaiki memperbaiki mutu kesihatan pesakit bergantung kepada tahapnya.
Kebiasaanya pada tahap empat keadaan pesakit sudah teruk, peluang untuk pulih agak tipis, rawatan yang dilakukan sekadar pastikan kesihatan pesakit dalam keadaan baik dan mengurangkan gejala. Manakala tahap awal lebih kepada menyembuhkan pesakit.
4. Peringkat seterusnya menentukan kaedah rawatan yang akan diberikan seperti kimoterapi, radioterapi, pembedahan, homonoterapi, terapi targeted (targeted) dan sebagainya.
5. Kaunseling di mana ahli keluarga terdekat dipanggil untuk diberi penerangan tentang kanser yang dihidapi dan langkah-langkah perubatan yang perlu diambil.
6. Memulakan rawatan berdasarkan apa yang telah dibincang setelah mendapat persetujuan pesakit atau ahli keluarga terdekat.
7. Pemantauan dan rawatan susulan perlu dibuat bergantung kepada pakar.
Kebiasaannya pada tahun pertama tiga bulan sekali, tahun kedua 4 bulan sekali, tahun ketiga hingga kelima 6 bulan sekali dan selepas 5 tahun hingga 10 tahun 6 bulan sekali.
Sekiranya selepas 10 tahun tiada gejala-gejala berulang, doktor akan mengesahkan pesakit sudah sembuh dan bebas daripada kanser.
SEJARAH KANSER
Penyakit kanser wujud sejak beribu tahun dahulu lagi, mungkin namanya pada masa itu berbeza dengan apa yang disebut sekarang.
Pelbagai manuskrip sejarah telah merekodkan tentangnya pada manusia dan haiwan seawal permulaan ketamadunan manusia lagi.
Antara rekod paling awal tentang kewujudannya adalah melalui penemuan bukti kanser yang terdapat pada fosil tumor tulang mumia purba Mesir dan pelbagai rekod di dalam manuskrip purba.
Manakala perkataan kanser itu sendiri berasal daripada perkataan Greek iaitu carcinos dan carcinoma yang bermaksud ketam ketika Hipocrates (460 – 370 SM) cuba menerangkan pembentukan tumor di dalam perut.
Celcus (50-28 SM) yang merupakan seorang pengamal perubatan pada ketika itu, seterusnya telah menterjemahkan perkataan itu ke dalam bahasa Latin iaitu ‘cancer’, yang bermaksud ketam di dalam bahasa Latin.
RAWATAN KANSER ZAMAN DAHULU
Jadi jelaslah kepada kita penyakit kanser ini telah wujud pada awal tamadun manusia lagi dan ianya bukan satu penyakit baru.
Kaedah rawatan yang digunakan mungkin berbeza. Persoalannya adakah mereka mengalami kesembuhan apabila mengidapnya atau mereka dibiarkan begitu sahaja sampai mati.
Pada zaman Ibnu Sina (980M-1037M), lebih 760 formula serta preskripsi berasaskan bahan-bahan alam untuk rawatan pelbagai jenis penyakit telah dihasilkan. Antaranya mencipta pemakanan khas untuk pesakit kanser.
Penemuan tersebut telah diguna pakai dalam bidang perubatan di Eropah selepas itu sehinggalah beliau digelar sebagai Bapa Perubatan Moden.
Selain itu, beliau juga percaya kepada konsep toksin atau racun sebagai punca penyakit. Justeru itu, beliau telah mengkaji dan menemui pelbagai jenis tumbuhan dan herba untuk menyembuhkan penyakit.
Sehingga beliau pernah berkata, tiada penyakit yang mustahil disembuh, hanya kurang semangat untuk berusaha. Tiada herba yang tidak berguna, hanya tiada ilmu tentang penggunaanya.
RAWATAN ALTERNATIF KANSER
Sebagaimana telah dibincangkan pada peringkat awal kanser adalah penyakit yang disebabkan sel-sel normal bertukar menjadi sel-sel kanser yang membiak tanpa kawalan.
Sel-sel ini tidak mati melainkan makanan atau darah tidak sampai kepadanya atau diberi ubat anti kanser.
Penemuan Ibnu Sina tentang lebih 760 preskripsi berasaskan herba dalam merawat pelbagai penyakit merupakan satu perkara yang menakjubkan yang perlu diambil kira oleh para pakar.
Walaupun beliau tidak menyatakan jenis herba berkenaan, namun ianya tetap signifikan sebagai alternatif kepada perubatan moden sekarang.
Antaranya ialah halia hitam atau nama saintifiknya kaempferia parviflora, merupakan sejenis herba yang kaya dengan 5,7 dimitoksiflavon dan mempunyai khasiat tersendiri.
UBAT ANTI KANSER
Pengambilan halia hitam secara konsisten akan merangsang pertumbuhan sel-sel baru dan dalam masa yang sama menguatkan lagi sel-sel yang sedia ada bagi melawan, merawat dan mencegah pelbagai penyakit.
Antara sel yang dirangsang ialah Sel T (helper-CD4+ & killer-CD8+) dan Sel B yang berfungsi sebagai antibodi tubuh.
Satu kajian yang dibuat oleh Universiti Chiang Mai, Thailand, mendapati ekstrak halia hitam mempunyai kesan anti kanser yang kuat terhadap sel-sel kanser serviks.
Manakala, kajian ke atas kanser ovari melaporkan bahawa ianya mampu merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser, menular ke bahagian lain dan akhir sekali mematikan sel berkenaan.
Jadi jelaslah berdasarkan kajian ini penemuan Ibnu Sina tentang herba untuk merawat pelbagai penyakit ada asasnya tersendiri. Kaedah lama tetap relevan dalam membantu yang baru, jangan pula apabila sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Info lanjut tentang produk halia hitam bagi membantu mencegah dan merawat kanser KLIK DI SINI SEKARANG