Strok yang menyerang menyebabkan seorang pemilik syarikat binaan berumur 28 tahun pengsan dalam bilik air di pejabatnya akibat mengalami pendarahan di dalam otak.
Menurut Syazwani Adnan, 27, dari Kulim, Kedah, dia menerima panggilan dari pejabat mengatakan suaminya pengsan dalam bilik air.
”Saya ingatkan pengsan biasa, bukan strok, sebab sebelum kejadian dia masih aktif, boleh pergi meeting, breakfast, borak-borak gelak dengan staf. Tiba-tiba jer jatuh dalam tandas tanpa apa-apa simptom,” ujar Syazwani penuh sayu.
Pihak hospital memaklumkan suaminya mengalami pendarahan dalam kepala akibat serangan strok yang menyebabkan kaki kanan lumpuh dan sukar untuk bercakap.
Dia juga diberitahu punca suaminya mendapat serangan akibat tidak cukup tidur dan tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Ibu kepada dua orang anak yang masih kecil itu memberitahu, suaminya suka bermain game depan komputer terlalu lama, kadang-kadang sampai pukul 7 hingga 8 pagi pada hari cuti.
JENIS STROK
Strok atau angin ahmar adaalah keadaan di mana salur darah ke otak mengecil atau pun salur darah di otak pecah yang menyebabkan berlakunya kerosakan pada sel-sel otak.
Salur darah dikatakan mengecil atau tersumbat apabila ada darah beku yang menyebabkan pengaliran darah ke otak terhalang.
Apabila semakin banyak terdapat darah beku pada saluran ianya tidak lagi dapat menampung aliran darah yang datang menyebabkan saluran darah tersebut menjadi pecah akibat tekanan.
Kedua-dua keadaan yang berlaku ini menyebabkan darah yang membawa oksigen tidak dapat sampai ke otak dan sekiranya tindakan segera tidak diambil otak akan menjadi mati.
Begitu juga sekiranya cepat diambil tindakan otak akan mengalami beberapa kegagalan anggota badan kesan daripada strok.
Antaranya lemah sebelah badan, tidak boleh bercakap dan mengunyah, serta tidak boleh melihat dengan tepat kerana otak gagal berfungsi.
Menurut pakar neurologi masa adalah amat penting apabila seseorang diserang strok, tiga jam pertama adalah tahap yang paling kritikal.
Sekiranya dianosis awal dapat dilakukan dalam tempoh ini, peluang pesakit untuk sembuh adalah tinggi.
Sebab itulah apabila ada di kalangan ahli keluarga diserang strok, seeloknya terus dibawa ke hospital bagi mengenal pasti puncanya.
TANDA-TANDA STROK
Ada tiga tanda untuk kenal pasti seseorang mendapat serangan strok:
1. Muka nampak senget sebelah kiri atau kanan.
2. Tangan sebelah lemah atau tidak boleh digerakkan atau diangkat.
3. Pertuturan tidak jelas
Ramai yang berpendapat strok dikaitkan dengan darah tinggi dan merupakan punca utama ianya berlaku. Pendapat ini sememangya boleh diterima, tetapi tidak semestinya 100 peratus disebabkan oleh darah tinggi.
Ada banyak lagi sebab yang membolehkan terjadinya strok seperti contoh:
1. Kencing manis.
2. Kolesterol yang tinggi.
3. Sentiasa dalam keadaan stress.
4. Berat badan berlebihan.
Kebiasaanya orang yang mula mendapat serangan akan mengadu haus dan lapar, kalau boleh jangan bagi mereka makan terlebih dahulu kerana keadaan ‘gag reflex’ di dalam tengkuk berkeadaan tidak normal.
Sebenarnya makanan atau air yang diberi bukan masuk ke saluran makanan sebaliknya masuk ke saluran pernafasan.
Apabila masuk ke saluran pernafasan besar kemungkinan akan berlaku jangkitan kuman pada paru-paru yang bakal mengundang masalah lain pula.
Oleh sebab itulah, pesakit strok pada peringkat awal akan dimasukkan tiub dari hidung sampailah ke dalam perut untuk memasukkan makanan sehinggalah ‘gag reflex’ pada kerongkong kembali normal semasa mula-mula masuk ke wad.
RAWATAN STROK
Ramai yang bertanya bolehkah strok sembuh? Soalan ini sering dilontarkan kerana ramai di kalangan ahli keluarga dan kenalan mereka yang menghadapinya menjadi putus asa.
Jawapannya adalah boleh, strok bukanlah penghujung hayat mereka dan mereka boleh sembuh dengan mengambil tindakan awal.
Menurut pakar fisioterapi, selepas sahaja pesakit dimasukkan ke hospital dan doktor mengesahkan terkena strok, langkah pertama perlu dibuat ialah melakukan ‘mobilising exercise’.
Pesakit akan diajar mengerakkan sendi-sendi terlebih dahulu seperti angkat tangan, kaki, pusing badan dan lain-lain lagi. Ianya bertujuan supaya badan tidak menjadi kaku dan tidak berfungsi akibat terlalu lama terlantar.
Kesan daripada berbaring terlalu lama ini boleh menyebabkan kulit di bahagian belakang akan luka dan berkudis menyebabkan pesakit merasa tidak selesa dan kurang bersemangat, serta boleh menimbulkan perasaan putus asa yang semakin kuat.
Apabila mereka bertenaga sedikit, perlu diajar ‘stretching exercise’ atau senaman regangan yang betul supaya otot-otot tidak keras. Lazimnya apabila pesakit tidak bergerak dalam jangka masa yang lama otot-otot mula mengeras.
Langkah seterusnya ialah melakukan ‘strenghtening exercise’ supaya otot kembali menjadi kuat. Ianya merupakan proses yang amat penting sekali dalam memulihkan pesakit strok dan memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi.
RAWATAN ALTERNATIF STROK
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, pesakit strok perlu melakukan eksesais bagi memulihkan kembali sistem badan yang tidak lagi berfungsi buat sementara waktu.
Otot-otot perlu dipulihkan dengan segera melalui pergerakan supaya ianya tidak mengeras dan perlu diingat sekiranya ini tidak dilakukan otak akan terlupa akan pergerakan badan.
Salah satu sebab kenapa ianya perlu digerakkan ialah untuk memastikan urat saraf di dalam badan berfungsi seperti biasa bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh bahagian tubuh termasuk ke otak.
Berdasarkan kepada kajian sains, kandungan gas nitrik oksida semulajadi yang tinggi dalam badan memainkan peranan penting menganjalkan saluran darah.
Ianya bertujuan menghakis mendapan yang ada pada saluran darah dan seterusnya melancarkan peredarannya untuk dibekalkan kepada otot serta ke bahagian tubuh yang lain sebagai salah satu cara memulihkan strok.
STROK PERLUKAN OTOT KUAT
Antara makanan tambahan yang kaya dengan nitrik oksida ini ialah halia hitam yang mengandungi polimetoksiflavon yang berfungsi meningkatkan penjanaan tenaga dalam sel dengan mengaktifkan protin kinase atau ‘Adenosine Monophosphate-activated Protein Kinase (AMPK)’ dalam sel anak tisu otot.
AMPK ini berperanan dalam homeostasis tenaga sel dengan mengaktifkan penggunaan glukosa dan asid lemak, serta pengoksidaan ketika tenaga sel berada pada tahap rendah.
Ia akan meningkatkan metabolisme lemak, meningkatkan pengaktifan tisu adipos coklat dan menambah kekuatan otot.
Kecergasan fizikal dan daya tahan otot akan meningkat dengan mengurangkan keradangan dan meningkatkan metabolisme tenaga untuk memulihkan strok.
Satu kajian ke atas 60 orang pemain bola sepak mendapati pengambilan ekstrak halia hitam selama 12 minggu boleh meningkatkan kekuatan genggaman tangan pemain-pemain tersebut.
Manakala kajian juga telah dilakukan ke atas para atlet di mana pengambilan makanan bernutrisi boleh mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan dengan mengurangkan kelesuan dan meningkatkan skil taktikal dan fizikal seseorang atlet.
STROK KECERDASAN OTAK
Lazimnya apabila strok menyerang seseorang, sela-sel otak akan mengalami kerosakan kerana darah tidak lagi sampai ke bahagian itu.
Salah satu sifat utama halia hitam ialah mengandungi anti oksidan yang kuat bagi melindungi sel dari kerosakan oksidatif radikal bebas.
Ianya mampu mengeluarkan radikal bebas yang banyak mendatangkan kesan negatif kepada sel-sel tubuh seperti apa yang yang terjadi kepada pesakit strok.
Semasa kita tidur, adenosine triphosphate (ATP) atau tenaga yang dihasilkan akan membentuk sistem glimfatik yang bertindak mengepam cecair dari saraf tunjang ke otak.
Proses ini akan menyebabkan semua toksin metabolik akan dibersihkan dan sel otak kita akan kembali pulih serta segar pada keesokan harinya.
Kajian sains juga menunjukkan bahawa halia hitam mampu mencegah otak daripada gangguan kerencatan ingatan dan perkembangan sel tumor.
Kes yang menimpa suami Syazwani yang baru berumur 28 tahun mendapat serangan strok secara tiba-tiba mungkin dapat dielakkan.
Amalan cara hidup sihat di samping mengamalkan makanan kesihatan yang bernutrisi tinggi, sedikit sebanyak dapat membantu mencegah strok pada peringkat awal lagi.
Info lanjut tentang produk halia hitam bagi membantu merawat serangan strok KLIK SINI SEKARANG