Sakit jantung akan mengalami pelbagai komplikasi yang boleh membawa maut kepada mangsa jika langkah segera tidak diambil selepas serangan berlaku.
Menurut pakar sakit jantung Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Dr. Safari Elis, daripada 10 orang yang mendapat serangan 30 peratus meninggal di tempat kejadian.
Manakala 20 peratus meninggal dalam masa 48 jam disebabkan komplikasi serangan sakit jantung dan selepas dua hari 50 peratus sahaja yang hidup.
”Ada orang kata rasa seolah-olah orang mai duduk atas dada, ada juga kata seolah-olah ada ketul bata, ketui batu duduk dalam dada, ada orang kata macam kena himpit.
Ada orang kata macam dok perah kain dan selalunya dia tak boleh habaq kat kita sakit tang mana sebab dia kata penuh dada”, katanya ketika menggambarkan bila serangan jantung berlaku.
Safari menasihati supaya segera ke hospital selepas terkena serangan sebab apabila salur darah tertutup darah tidak dapat masuk ke jantung.
Oleh itu dalam tempoh 6 jam jantung akan mati dan maut amat tinggi dengan serangan sakit jantung ini.
SAKIT JANTUNG FAKTOR BERLAKU
Sakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada sakit jantung iaitu faktor pemakanan, amalan cara hidup tidak sihat dan faktor genetik atau keturunan.
1. Amalan Pemakanan
Pengambilan makanan tanpa menghiraukan isi kandungan dan jenis makanan akan mengakibatkan kita terdedah kepada pelbagai gejala penyakit khususnya diabetes, darah tinggi dan obesiti yang menjadi penyebab kepada sakit jantung.
Oleh itu cara amalan pemakanan sihat seta mengetahui kandungan nutrisi makanan itu mampu mengelak daripada terkena sakit jantung.
Kekerapan pengambilan makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi seperti roti canai dan makanan ringan lebih memudahkan untuk mendapat penyakit darah tinggi.
Maka kurangkan makanan yang bergoreng, pilihlah makanan yang dikukus, dipanggang atau dibakar dan kurangkan pengambilan garam berlebihan dalam masakan seharian.
Selain itu, gentian serat dalam makanan juga boleh menyerap sebahagian daripada lemak atau kolesterol.
Serat seperti bijirin oat dapat mengurangkan jumlah kolesterol, serat semula jadi yang banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar turut mampu menyerap kolesterol dalam badan.
Pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula dan minuman ringan menjadi penyebab kepada penyakit diabetes.
Diabetes atau kencing manis akan mempercepatkan atau mempertingkatkan risiko sakit jantung koronari.
Mereka yang mempunyai kencenderungan mendapat sakit jantung digalakkan makan daging putih seperti daging ayam atau ikan dan harus mengelak dari terlalu kerap makan daging merah (red meat) seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain lagi.
Pengambilan makanan secara keterlaluan akan menyebabkan seseorang itu mengalami berlebihan berat badan atau obesiti.
Ini juga akan meningkatkan lagi tekanan darah tinggi dan paras lemak yang tidak normal di dalam badan.
Oleh itu sentiasalah mengawal diri daripada mengambil makanan secara berlebihan bagi menghindari masalah kegemukan.
Seseorang yang mempunyai lingkaran pinggang melebihi dari 80 sentimeter adalah dianggap berisiko tinggi untuk mendapt sakit jantung.
2. Amalan Cara Hidup
Bagi yang suka makan, tidur dan berehat tanpa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh juga amat terdedah kepada sakit jantung.
Maka kita amat digalakkan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam atau beriadah bagi menyihatkan badan.
Bersenamlah secara kerap, setiap orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18 hingga 65 tahun seharusnya melakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman selama 5 hari seminggu atau kita juga digalakkan berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari.
Bersenam akan membantu merangsang pengaliran darah dengan lebih lancar di samping dapat mengeluarkan peluh dan mengimbangi berat badan.
Aktiviti seperti berjalan kaki, berlari atau berjogging akan dapat menguatkan sistem jantung dan seterusnya melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
Aktiviti sihat ini juga mampu mangatasi stress yang melanda diri seseorang. Stress atau tekanan juga salah satu faktor yang akan menaikkan tekanan darah dan menyebabkan pembuluh darah menjadi kaku dan secara tidak langsung memberi kesan kepada jantung kita.
Kita juga perlu mengawal tekanan perasaan supaya jangan cepat meradang atau runsing.
Oleh itu, menghilangkan stress dengan melakukan aktiviti sihat dan santai akan mampu meredakan setiap ketegangan atau masalah dan seterusnya akan menyelamatkan jantung kita.
Berbincanglah dengan keluarga atau kawan karib sekiranya berhadapan dengan masalah kerana ini adalah salah satu cara untuk mengendurkan segala tekanan yang ada.
Merokok atau minum arak bukanlah satu perkara yang baik untuk kita kerana ia akan lebih memudaratkan lagi diri kita. Merokok juga membolehkan kita berdepan dengan pelbagai masalah penyakit terutama apabila umur telah melebihi 35 tahun.
Menghisap rokok memang nyata tidak baik untuk jantung, maka segeralah cuba mengurang atau berhenti terus agar jantung kita terus sihat dan selamat.
Begitu juga alkohol kerana semakin banyak kita meminum alkohol maka kemungkinan besar kita akan lebih muda terkenal serangan sakit jantung atau penyakit lemah jantung.
3. Faktor Genetik
Walaupun faktor keturunan turut memainkan peranan dalam membawa risiko sakit jantung. Namun ianya mampu dicegah lebih awal jika kita mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Sekira tidak mempunyai keturunan sakit jantung bukannya bererti kita boleh mengelak daripada mengamalkan cara hidup sihat.
Adalah lebih baik sekiranya kita mengambil langkah-langkah pencegahan awal. Pemeriksaan kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk pengesanan awal dan seterusnya mencegah daripada mendapat sakit jantung ini.
Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes dan tahap kolesterol perlu dilakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Sesungguhnya amalan pemakanan sihat dan cara hidup sihat adalah cara yang terbaik untuk mengatasi sakit jantung daripada wujud dalam diri kita.
SAKIT JANTUNG MAKANAN TAMBAHAN
Sebagaimana dinyatakan di atas kelebihan melakukan senaman ialah melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh yang menjadi salah satu sebab kepada pengurangan risiko sakit jantung.
Pengambilan herba atau makanan tambahan yang berfungsi meningkatkan peredaran darah amat mebantu kepada senaman yang dilakukan.
Antara herba semula jadi yang boleh membantu meningkatkan peredaran darah ialah halia hitam yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu sebagai pemakanan tambahan bagi menyihatkan tubuh badan mereka.
Ianya tumbuh secara liar di kawasan bukit dan pergunungan di negara-negara Asia Tenggara.
Thailand merupakan negara pengeluar utama halia hitam di dunia, ia ditanam secara komersial di Wilayah Phetchabun, kira-kira 400 kilometer ke utara Bangkok.
SAKIT JANTUNG NITRIK OKSIDA SEMULA JADI
Halia hitam atau Kaempferia parviflora tinggi bahan aktif nitrik oksida yang berfungsi sebagai vasidolatasi yang berperanan melonggarkan otot dalam saluran darah.
Apabila ini berlaku, lebih banyak darah dapat mengalir dan seterusnya membekalkannya kepada organ-organ lain di seluruh tubuh bagi mencegah sakit jantung.
Pengaliran darah yang lancar ini juga bertindak membuang toksid, kolesterol tinggi, menghakis enapan kolesterol pada saluran darah dan seterusnya melancarkan lagi perjalanan oksigen dalam tubuh.
Oksigen tadi masuk ke semua bahagian badan termasuk otak. Ianya juga akan memulihkan sistem saraf yang panjangnya dua setengah (2 ½) kali lilitan bumi yang terdapat dalam tubuh manusia.
Penyakit-penyakit lain yang berpunca dari kekurangan nitrik oksida ialah hipertensi, strok, aterosklerosis, sakit jantung, diabetes, alzheimer, ulser gastrousus dan disfungsi ereksi.
Info lanjut tentang produk halia hitam untuk merawat sakit jantung KLIK DI SINI SEKARANG